20 Mac 2010

Undang-UndangDan Tatatertib Madrasah

1. Adab Bersama Guru dan Kakitangan

Setiap pelajar mestilah menghormati dan mematuhi semua Guru dan Kakitangan Madrasah serta sedia berkhidmat kepada mereka dan bersedia menerima hukuman daripada Ustaz .

2. Pakaian Pelajar semasa di Madrasah

• Pakaian didalam kelas dan waktu solah - Jubah atau kurta berwarna putih berlengan panjang tanpa butang pergelangan tangan kain cotton –tetron ,tanpa fesyen. Seluar pijama bewarna putih atas dari buku lali . Songkok putih berserban . Baju dalam putih tanpa kolar .
• Pakaian main – seluar sukan (panjang ) dan baju bewarna .
• Pakaian yang tidak dibenarkan seluar pendek ,ketat jean , seluar --- baju bergambar / bertulis .

3. Peraturan Asrama

• Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dan asrama .
• Hendaklah menjaga dan mengemas tempat tidur dan almari masing–masing .
• Tidak dibenarkan berada di asrama semasa waktu kelas .
• Tidak dibenarkan membawa orang luar ke dalam asrama .

4. Peraturan Am

• Pelajar mestilah mewujudkan suasana Agama dan belajar pada setiap masa .
• Tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh. Setiap aduan hendaklah dilapur kepada Mudir atau Ustaz • Setiap pelajar mestilah mengambil bahagian dan menepati waktu di dalam setiap program yang telah ditetapkan seperti majlis Taalim, waktu belajar, makan dan tidur .
• Rambut hendaklah pendek dan dicukur selepas 60(enam puluh) hari sekali .
• Janggut tidak boleh dicukur .
• Tidak dibenarkan menghisap rokok dan benda – benda bahaya pihak madrasah berhak membarhentikan pelajar terlibat dengan perkara tersebut .

18 Mac 2010

Permohonan Bantuan Untuk Pelajar Dari Kemboja



Merujuk kepada perkara di atas Pihak Madrasah sangat mengalu-alukan bantuan daripada orang ramai untuk dua orang pelajar dari kemboja yang kini sedang menuntut di Madrasah ini. Mereka ialah di antara pelajar yang cemerlang, berakhlak baik dan sangat rajin. Pelajar tersebut ialah :
  1. Sulaiman Bin Hamid
  2. Sulaiman Bin Soleh
Bantuan tersebut berupa Yuran Bulanan sebanyak RM150.00 setiap seorang dan keperluan harian sebanyak RM50.00.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak madrasah. Semoga bantuan yang disalurkan oleh Tuan/Puan itu mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.

22 Januari 2010

PELUANG INFAQ




Pihak pentadbir Madrasah Tahfiz Al Quran Penanti, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam ingin membuka peluang kepada tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi memenuhi keperluan madrasah ini.
Dan
kepada Dato’/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk mengambil para pelajar kami yang kurang berupaya dalam untuk menjelaskan yuran mereka & anak yatim sebagai anak angkat Tuan/Puan bolehlah menghubungi :
Ust Ahmad Bin Omar / Tel : 019-4939007


Firman Allah swt.” Sesiapa yang mahu memberi pinjaman yang baik (yakni menafkah hartanya di jalan Allah) maka Allah akan akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak, dan (janganlah kamu takut kemiskinan semasa kamu membelanjakannya) kerana Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki kedua-duanya adalah ditanganNya) dan kepadaNyalah (selepas mati) kamu dikembalikan” (Al-Baqarah: 245).

Infaq anda boleh di beri terus ke Madrasah
Atau
Disalurkan melalui akaun bank berikut :-
Bank Muamalat
A/C No: 0701-0002108-71-3
BSN
A/C No : 07100-41-00005928-6

Atas nama
PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN MTT  
(No Pendaftaran : 001815094-U)
Mengkuang Titi
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang.
No. Tel : 04-5215682 / 019-4938980 / 013-4299260







SUKATAN PELAJARAN BAGI KELAS PENGAJIAN KITAB

Kelas Satu
- Nahu : Matan Al Jurumiyyah
- Sorof : Dhammun, Matan Bina' & Matan Izzi
- Fiqh : Safinatun Naja, Matan Al Ghayah
- Sirah/Mutala'ah :
Qasasun Nabiyyun Jilid 1, 2, Qiraatur Raasyidah
- Insya'
- Al Quran & Tajwid.

Kelas Dua
- Nahu : Mutamminah Al Jurumiyyah
- Qira'ah Nahu : Tuhfatul Hasaniyyah
- Sorof : Kalilani Syarah Izzi, Maqsud
- Fiqh : Fathul Qarib
- Sirah/Mutala'ah : Qasasun Nabiyyin Jilid 3, 4,
Qiraatur Rasyidah
- Hadith : Arbain Nawawi, Mukhtasar Abi Jamrah.

Kelas Tiga
- Terjemah Al Quran
- Hadith : Al Adabul Mufrad Lil Bukhari
- Tauhid : Hasyi'ah Syarqawi Ummil Barahin
- Fiqh : Umdatus Salik
- Tasawwuf : Mau"izatul Mu'minin
- Nahu : Qatrun Nada'
- Sorof : Syazal Urf
- Sirah/Mutala'ah : Qasasun Nabiyyin Jilid 5
- Insya'

Kelas Empat
- Terjemah Al Quran
- Hadith : Al Adabul Mufrad Lil Bukhari
- Tauhid : Fathul Majiid
- Fiqh : Al Iqna'
- Usul Fiqh : Al Lumma’
- Qawa'id Fiqhiyyah : Addurarul Bahiyyah
- Tasawwuf : Mau"izatul Mu'minin
- Insyak
- Mutala’ah : Manthurat

Kelas Lima
- Terjemah Al Quran
- Usul Tafsir : Fa'idhul Khabir
- Hadith : Bulughul Maram
- Mustalah Hadith
- Fiqh : Al Iqna'
- Usul Fiqh : Al Wajiz
- Faraidh : Al Mubassat
- Qawa'id Fiqhiyyah : Addurarul Bahiyyah
- Nahu : Ibnu Aqil
- Sorof : Ibnu Aqil
- Mutala'ah
- Insya'.

Kelas Enam
- Tafsir : Al Jalalain
- Hadith : Misykatul Masabih
- Fiqh : Al Mahalli Syarah Minhaj

20 Januari 2010

Tahun 2010

Alhamdulillah, pada tahun ini ada 25 orang pelajar baru yg berjaya masuk ke Madrasah. Mereka semua adalah lepasan darjah 6. 12 orang masuk ke kelas Alim dan 13 orang lagi masuk ke kelas Tahfiz. Sebenarnya ramai lagi pelajar baru yg nak masuk, tapi memandangkan Madrasah tidak mempunyai asrama yg cukup. Maka permintaan tidak diterima. Akhir2 ini dah ramai yg nak masukkan anak mereka ke sekolah Agama.