20 Mac 2010

Undang-UndangDan Tatatertib Madrasah

1. Adab Bersama Guru dan Kakitangan

Setiap pelajar mestilah menghormati dan mematuhi semua Guru dan Kakitangan Madrasah serta sedia berkhidmat kepada mereka dan bersedia menerima hukuman daripada Ustaz .

2. Pakaian Pelajar semasa di Madrasah

• Pakaian didalam kelas dan waktu solah - Jubah atau kurta berwarna putih berlengan panjang tanpa butang pergelangan tangan kain cotton –tetron ,tanpa fesyen. Seluar pijama bewarna putih atas dari buku lali . Songkok putih berserban . Baju dalam putih tanpa kolar .
• Pakaian main – seluar sukan (panjang ) dan baju bewarna .
• Pakaian yang tidak dibenarkan seluar pendek ,ketat jean , seluar --- baju bergambar / bertulis .

3. Peraturan Asrama

• Setiap pelajar mestilah menjaga kebersihan diri dan asrama .
• Hendaklah menjaga dan mengemas tempat tidur dan almari masing–masing .
• Tidak dibenarkan berada di asrama semasa waktu kelas .
• Tidak dibenarkan membawa orang luar ke dalam asrama .

4. Peraturan Am

• Pelajar mestilah mewujudkan suasana Agama dan belajar pada setiap masa .
• Tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh. Setiap aduan hendaklah dilapur kepada Mudir atau Ustaz • Setiap pelajar mestilah mengambil bahagian dan menepati waktu di dalam setiap program yang telah ditetapkan seperti majlis Taalim, waktu belajar, makan dan tidur .
• Rambut hendaklah pendek dan dicukur selepas 60(enam puluh) hari sekali .
• Janggut tidak boleh dicukur .
• Tidak dibenarkan menghisap rokok dan benda – benda bahaya pihak madrasah berhak membarhentikan pelajar terlibat dengan perkara tersebut .

18 Mac 2010

Permohonan Bantuan Untuk Pelajar Dari Kemboja



Merujuk kepada perkara di atas Pihak Madrasah sangat mengalu-alukan bantuan daripada orang ramai untuk dua orang pelajar dari kemboja yang kini sedang menuntut di Madrasah ini. Mereka ialah di antara pelajar yang cemerlang, berakhlak baik dan sangat rajin. Pelajar tersebut ialah :
  1. Sulaiman Bin Hamid
  2. Sulaiman Bin Soleh
Bantuan tersebut berupa Yuran Bulanan sebanyak RM150.00 setiap seorang dan keperluan harian sebanyak RM50.00.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak madrasah. Semoga bantuan yang disalurkan oleh Tuan/Puan itu mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.